THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

28 Disember 2009

Cerita Pengemis dan Isteri Cantik...

Pada suatu hari,ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu,datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka...

"Tolonglah encik,saya lapar,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi."Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yg cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata:"Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku."Si isteri tdk dpt berbuat apa2 dgn sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat utk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian,perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin.Dia terus menceraikan isterinya kerana tdk mahu isterinya turut menderita sepertinya.Setahun kemudian,isteri yg masih cantik itu berkahwin pula dgn lelaki lain.

Pada suatu hari,sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan,tiba-tiba seorg pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.Mendengar rayuan pengemis itu,si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yg mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kpd pengemis,si isteri menangkup muka sambil menangis.Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yg dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang:"Demi Allah,sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu.."


Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tdk selalunya di atas.Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : ''Sedekah itu dpt menutup tujuh puluh ribu kejahatan."

wallahua'lam...




0 komentar...: