THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

19 Mac 2010

Solat tahap tadika..

Salam semua..cepat masa berlalu kan?
pejam celik ,
tidur jaga,
duduk bangun,
toleh kiri kanan,
lepak sana sini,
enjoy sekejap,
serius sekejap,
tup tap tup dah nak habis pun cuti seminggu nih..
Itulah masa namanya..
cepat dan lambatnya masa tu bergantung pada diri kita sebenarnya.


duduk depan tv tengok telenovela demi telenovela terasa sekejap kn?
Pergi karnival(sebut pesta x best..) dan konsert tiga empat jam tak sedar dah nak Maghrib kan?
duduk melayan komputer dan internet berjam-jam terasa macam beberapa minit je kan?
seolah-olah masa sunguh sunguh mencemburuiku..(poorahh!!)


Tapi kalau sembahyang atau mendengar kuliah agama atau menghadiri pengajian fardhu ain yang hanya beberapa minit terasa lama kan?
Ustaz panjangkan sesi kuliah Maghrib sampai waktu Isya' pun kita dah gelisah kan?Sesekali terpaksa qada' solat apabila terbatal wudhuk terasa sangat menderita sungguh kan?
Kenapa azab dan menderita?
sebab kita tak terasa betapa indahnya bersolat kan?
solat kalau sendiri2 pun mesti nak cepat habis kan?
dah tentu la banyak main short-cut kan?
ambil yang rukun jer.
Itupun pakai sistem expres tanpa tamakninah(mak minah mana plak nih??)atau macam ayam mematuk!
Habis je salam terus bangun tanpa sempat nak doa..(alaa..doa tu sunat je..lagipun Allah tau apa yang aku mahu..)
Sesetengah tu plak berdoa"Ya Allah yang Maha Mengetahui,doa aku hari ni sama je dgn doa aku yg semalam.Kabulkanlah Ya Allah.Aminn.."


Sayu je nak tingalkan cuti seminggu ni...
sayu sebab banyak masa yang kita dah sia-siakan.
Telah banyak dosa dan kemungkaran  kita lakukan,sama ada nampak atau yang tak namapak.
Beramal ibadah tak de la banyak mana pun.
Tu pun banyak cacat celanya.
Agak-agak Allah terima tak ibadah yang macam tu?
Tengok ibadah solat kita pun cukuplah..


Berapa ramai yg solat awal waktu?(alaa,lewat2 pun semayang gak).
Berapa ramai yang lazimkan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu?(alaa,org lain langsung tak semayang..)
Berapa ramai yang bersungguh-sungguh jaga khusyuk dalam solat?(alaa,tak khusyuk pun sah solat gak..)
Berapa ramai yang faham makna setiap bacaan dlm solat?(kena ke faham..?)
Berapa ramai yang dah ngaji habis kitab fikah bab bersuci,wudhuk dan solat yg biasa buat kat surau dan masjid?(ala,kat sekolah dlu cikgu dah pernah ajar..kira ok ler tu..)


Macam tu la sikap kita pasal solat yang kita akui sebagai tiang agama.
Betapa tak seriusnya kita dengan solat nih..
Usia pun makin bertambah tp solat still macam budak tadika.
Soalan yg mula-mula ditanya masa akhirat nanti pun solat juga...
Kalau lulus persoalan solat,maka persoalan ibadah lain tu kira mudah la..
tp kalau persoalan solat pun tak pass..
hmm.susah mau cerita..

2 komentar...:

SakAzuki berkata...

haha sayu nk tggalkan cuti...
aku ari kamis baru start wat keje skola..gerenti x smpat siap pnyer

Dr Afifah berkata...

bgus nye.
keep on writing~ :)

barakallahufiik.