THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

31 Disember 2009

ayah tersayang....


31 Disember 1960

lahirnya seorang lelaki yang amat aku kagumi..

aku berbangga dan bersyukur mempunyai seorang ayah sepertinya...



anyway ,selamat hari lahir ayah..

i love you so much

28 Disember 2009

Cerita Pengemis dan Isteri Cantik...

Pada suatu hari,ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu,datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka...

"Tolonglah encik,saya lapar,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi."Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yg cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata:"Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku."Si isteri tdk dpt berbuat apa2 dgn sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat utk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian,perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin.Dia terus menceraikan isterinya kerana tdk mahu isterinya turut menderita sepertinya.Setahun kemudian,isteri yg masih cantik itu berkahwin pula dgn lelaki lain.

Pada suatu hari,sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan,tiba-tiba seorg pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.Mendengar rayuan pengemis itu,si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yg mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kpd pengemis,si isteri menangkup muka sambil menangis.Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yg dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang:"Demi Allah,sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu.."


Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tdk selalunya di atas.Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : ''Sedekah itu dpt menutup tujuh puluh ribu kejahatan."

wallahua'lam...




25 Disember 2009

Engkau Memang Cantik(EMC)

wahai wanita hiasan duniawi...

EMC selagi kau tidak melulu.

EMC selagi kau menutup malu.

EMC selagi kau memelihara adab.

EMC selagi kau menjaga aurat.

EMC selagi kau menjaga batas.

EMC selagi kau waras berhias.

EMC selagi kau bersifat fitrah.

EMC selagi kau pantang menyerah.

EMC selagi kau terus bersolat.

EMC selagi kau lurus bertaubat.

EMC selagi kau jujur berilmu.

EMC selagi kau membaca Al-Quran.

EMC selagi kau beradab sopan.

EMC selagi kau kasih ibu bapa.

EMC selagi kau mendidik keluarga.

EMC selagi kau gemar menyertai kem ibadat.

EMC selagi kau sabar dan tenang.

EMC selagi kau tegakkan Islam.

EMC selagi kau mencegah kemungkaran.

EMC selagi kau berkebajikan.

EMC selagi kau berniatkan Tuhan.

EMC selagi kau seindah Islam.

Katakanlah kepada dirimu sendiri bahawa"Engkau Memang Cantik selagi kau tampak cantik dalam bingkai cermin berbunga dari kamar bernama IMAN.."

KEMAS

K~kekalkan cintamu terhadap Ilahi...
E~elakkan nafsu menguasai hati.......
M~muhasabah dirimu seikhlas nurani..
A~agar iman teguh berdiri.............
S~sinar Ilahi turut mengiringi...........

22 Disember 2009

alone???


21 Disember 2009

mutiara kata..


Persahabatan itu indah jika tiada persengketaan

Persahabatan itu lebih indah jika saling berfahaman

Namun hambarlah persahabatan tanpa gelak tawa dan air mata..

selamat hari lahir kaklang..


20 disember

hari lahir kaklang...

selamat hari lahir kaklang..

semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

do the best in whatever you do..

remember Allah always ..

17 Disember 2009

detik yang dinanti-nanti...

MAKLUMAN!!
InsyaAllah,pada 24 DISEMBER 2009 keputusan PMR akan dikeluarkan.
Semua calon bolehlah mengambil keputusan masing-masing di sekolah masing-masing sekitar pukul 10.00 pagi..
harap maklum...

13 Disember 2009

Pelita Hati...

KAUM HAWA
JADILAH SEPERTI BUNGA YANG KEMBANG MEKAR MEWANGI DI CELAHAN PEPOHONAN BERDURI..INDAH MATA MEMANDANG.SUKAR TANGAN MEMEGANG.KERANA DURI YANG TERSEMBUNYI BERJAYA MELINDUNGINYA....
KAUM ADAM
JADILAH SEPERTI KUMBANG YANG BIJAK MEMILIH BEBUNGA YANG MEWANGI SEMERBAK HARUMANNYA.HANYA MEMILIH BUNGA YANG MENARIK DAN MEMILIH BUNGA TERSEBUT APABILA TIBA WAKTUNYA SAHAJA....

Gema Wahyu...

Allah memberi cahaya langit dan bumi.Cahayanya diumpamakan seperti sebuah lubang di dinding rumah,di dalamnya pula sebuah pelita.Pelita itu di dalam gelas.Gelas itu seperti bintang yang berkilauan.Pelita itu dinyalakan dengan menggunakan minyak pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun yang tumbuh bukan di Timur dan bukan pula di Barat,minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya,walaupun tidak disentuh dengan api.Cahaya berdampingan dengan cahaya.Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang mengkehendaki akan cahaya-Nya itu.Allah menunjukkan beberapa contoh kepada manusia.Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu...

07 Disember 2009

..::jagalah hati::..


alangkah payahnya menjaga hati


sekalipun berhati-hati


bila orang puji membangga diri


apabila dikeji aduh sakitnya hati


kalau buat kebaikan pula


hati ini mendesak-desak hendak bercerita


jika tidak bercerita rasa tersiksa


di sini ada glamour,di sini ada nama


oh,ruginya kalau tidak diceritakan


bila berceramah orang mengangguk-angguk


boleh tahan juga aku ni,bisiknya


kalau melihat orang lain ada kelebihan


aduh!macam makan buah pahit rasanya


hati kerut sampai ke muka


apabila melihat kawan-kawan ada kelemahan


hati mendesak hendak mengata dan menghina


aduh!susahnya menjaga hati


aduh!di manakah keikhlasan?


sedangkan hati adalah tempat pandangan Tuhan


jika dijaga,malaikat mengisi hidayah


jika tidak,syaitan mengisi kekufuran


Oleh itu,rakan dan taulan


Jagalah hati jangan kau kotori...


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia...

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
Jangan sengaja lewatkan solat
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Dengarlah wahai sahabatku......


apabila kamu ingin berteman,

janganlah pandang pada kelebihannya

kerana mungkin dengan satu kekurangan kamu akan menjauhinya.....



andai ingin berteman,

janganlah pula dinilai kebaikannya

kerana mungkin dengan satu kelemahan kamu akan membencinya...



andai ingin berteman yang satu,

janganlah diuji akan ilmunya

kerana apabila dia buntu kamu akan menyisihnya....



andai ingin berteman,

terimalah seadanya kerana dia hanya manusia biasa....


Maka,berkawanlah kerana Allah.Moga ukhuwwah yang terbina sentiasa diberkati-Nya...Amin..

..::Teman::..



ada masa kita perlu menangis

agar kita mengerti bahawa hidup ini bukan hanya untuk ketawa


ada masa kita perlu ketawa

agar kita tahu bernilainya setitis air mata


ada masa kita perlukan seorang teman

agar kita tidak kesunyian


ada masa kita tidak akan pernah lupa

betapa bernilainya seorang teman..

06 Disember 2009

bicara kata


05 Disember 2009

kem latihan kepimpinan ketua pelajar 09/10 di agroloka,jelebu..


































01 Disember 2009

selamat hari lahir kakngah...


1 disember....

hari lahir kakngah..

selamat hari lahir kakngah...

semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki oleh Allah SWT...


banyakkan berdoa kpd Allah n jge solat ye...

focus on ur study n do well in ur exam okey...

nisah n family sentiase mendoakan kejayaa,kesejahteraan n kebahagiaan kakngah di dunia n jge di akhirat..