THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

19 Mac 2010

Solat tahap tadika..

Salam semua..cepat masa berlalu kan?
pejam celik ,
tidur jaga,
duduk bangun,
toleh kiri kanan,
lepak sana sini,
enjoy sekejap,
serius sekejap,
tup tap tup dah nak habis pun cuti seminggu nih..
Itulah masa namanya..
cepat dan lambatnya masa tu bergantung pada diri kita sebenarnya.


duduk depan tv tengok telenovela demi telenovela terasa sekejap kn?
Pergi karnival(sebut pesta x best..) dan konsert tiga empat jam tak sedar dah nak Maghrib kan?
duduk melayan komputer dan internet berjam-jam terasa macam beberapa minit je kan?
seolah-olah masa sunguh sunguh mencemburuiku..(poorahh!!)


Tapi kalau sembahyang atau mendengar kuliah agama atau menghadiri pengajian fardhu ain yang hanya beberapa minit terasa lama kan?
Ustaz panjangkan sesi kuliah Maghrib sampai waktu Isya' pun kita dah gelisah kan?Sesekali terpaksa qada' solat apabila terbatal wudhuk terasa sangat menderita sungguh kan?
Kenapa azab dan menderita?
sebab kita tak terasa betapa indahnya bersolat kan?
solat kalau sendiri2 pun mesti nak cepat habis kan?
dah tentu la banyak main short-cut kan?
ambil yang rukun jer.
Itupun pakai sistem expres tanpa tamakninah(mak minah mana plak nih??)atau macam ayam mematuk!
Habis je salam terus bangun tanpa sempat nak doa..(alaa..doa tu sunat je..lagipun Allah tau apa yang aku mahu..)
Sesetengah tu plak berdoa"Ya Allah yang Maha Mengetahui,doa aku hari ni sama je dgn doa aku yg semalam.Kabulkanlah Ya Allah.Aminn.."


Sayu je nak tingalkan cuti seminggu ni...
sayu sebab banyak masa yang kita dah sia-siakan.
Telah banyak dosa dan kemungkaran  kita lakukan,sama ada nampak atau yang tak namapak.
Beramal ibadah tak de la banyak mana pun.
Tu pun banyak cacat celanya.
Agak-agak Allah terima tak ibadah yang macam tu?
Tengok ibadah solat kita pun cukuplah..


Berapa ramai yg solat awal waktu?(alaa,lewat2 pun semayang gak).
Berapa ramai yang lazimkan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu?(alaa,org lain langsung tak semayang..)
Berapa ramai yang bersungguh-sungguh jaga khusyuk dalam solat?(alaa,tak khusyuk pun sah solat gak..)
Berapa ramai yang faham makna setiap bacaan dlm solat?(kena ke faham..?)
Berapa ramai yang dah ngaji habis kitab fikah bab bersuci,wudhuk dan solat yg biasa buat kat surau dan masjid?(ala,kat sekolah dlu cikgu dah pernah ajar..kira ok ler tu..)


Macam tu la sikap kita pasal solat yang kita akui sebagai tiang agama.
Betapa tak seriusnya kita dengan solat nih..
Usia pun makin bertambah tp solat still macam budak tadika.
Soalan yg mula-mula ditanya masa akhirat nanti pun solat juga...
Kalau lulus persoalan solat,maka persoalan ibadah lain tu kira mudah la..
tp kalau persoalan solat pun tak pass..
hmm.susah mau cerita..

Kelebihan dan Faedah SOLAT...

Solat akan menerangkan hati..


solat akan dapat mencahayakan wajah..


solat membuahkan rasa redha terhadap Tuhan yang Maha Penyayang..


solat membuat syaitan merasa marah..


solat menjadi penolak bala..


solat menghilangkan kejahatan musuh..


solat memperbanyakkan rahmat..


solat menolak siksa kubur dan siksa di hari akhirat..


solat mendekatkan diri dengan Allah..


solat mencegah segala yang keji dan mungkar..




25 kelebihan solat sepertimana disabdakan Rasulullah SAW iaitu:



  • solat menghasilkan keredhaan Allah
  • solat membuahkan kasih sayang para malaikat
  • solat adalah jalan oleh para Nabi dan Rasul
  • solat adalah cahaya makrifat
  • solat adalah asal makrifat
  • solat membuatkan Allah memakbulkan doa yang dipanjatkan
  • solat merupakan sebab diterimanya segala amal yang lain
  • solat dapat memurahkan rezeki
  • solat menjadikan badan sihat
  • solat menjadi pelindung terhadap semua musuh
  • solat membuat syaitan berasa benci
  • solat menjadi syafaat bagi seseorang dalam menghadapi sakaratul maut
  • solat adalah penerang di dalam kubur
  • solat menjadi hamparan berbaring
  • solat menjadikan seseorang dapat menjawab pertanyaan Munkar n Nakir di dalam kubur
  • solat membuat seseorang berada selesa di dalam kubur sehingga hari kiamat
  • solat menjadi mahkota di atas kepala
  • solat menjadi pakaian badan
  • solat menjadi lampu penerang di depan ketika berjalan
  • solat menjadi pendinding dari api neraka.
  • solat menjadi hujjah
  • solat memberatkan timbangan amal kebajikan
  • solat dapat membantu kita melintasi jalan di Titian Sirat al-Mustaqim di akhirat
  • solat dapat membukakan pintu syurga...



16 Mac 2010

Tujuh Dahan Iman..

Abu Bakar Ar Raaziy berkata:"Iman di dalam hati orang-orang yang beriman itu ibarat pohon yang mempunyai tujuh dahan iaitu;



..::Dahan yang berpangkal di dalam hati,buahnya adalah kemahuan yang sihat::..


..::Dahan yang berpangkal pada ucapan,buahnya adalah kata-kata yang benar::..


..::Dahan yang berpangkal di kedua kakinya,buahnya ialah suka mendatangi solat berjemaah::..


..::Dahan yang berpangkal di kedua tangannya,buahnya ialah suka memberi sedekah::..


..::Dahan yang berpangkal di kedua mata,buahnya adalah melihat kejadian-kejadian yang memilukan sebagai teladan::..


..::Dahan yang berpangkal pada perut,buahnya ialah memakan makanan yang halal serta meninggalkan yang syubhah::..


..::Dahan yang berpangkal pada jiwa,buahnya adalah meninggalkan nafsu syahwat::..



15 Mac 2010

Baraka Allahu Lakuma...

We are here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We're gathered here to celebrate
A moment u'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hand and make do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Lets all say.. say..say..

Baraka Allahu lakuma
Wa baraka ' alaikuma
Wa jama'a bainakuma fi khair

From now u'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will feed your life
With happiness and blessings
And grant your kids
Who make your home filled with laughter

Let's raise our hand and make do'a
Like the prophet taught us
And with one voice
Lets all say.. say..say..

Baraka Allahu lakuma
Wa baraka 'alaikuma
Wa jama'a bainakuma fi khair

Baraka Allah
Baraka Allah
Baraka Allah
Baraka Allah


Baraka Allahu lakum walana
Allahu barik lahuma
Allahu adim hubhama
Allah  solli wasallim 'ala Rasulillah

Allah tub 'alaina
Allah irdo 'anna
Allah ihdu khutana
'Ala sunnat nabina

Lets raise our hands and make do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Lets all say..say..say

Baraka Allahu lakuma
Wa baraka 'alaikuma
Wa jama'a  bainakuma fi khair




Kita.....

Selama ini
Kita berusaha
bukan untuk berkuasa
Kita berdikari
bukan untuk sedap sendiri
Kita diberi bakat
bukan untuk buat jahat
Kita diberi kemahiran
bukan untuk luaskan jajahan
Kita diberi akal
bukan untuk beriman pada tangkal
Kita warisi adat
bukan untuk amal bulat-bulat

Sangka baik
bukan memikirkan mengapa result tak naik-naik
Bersyukurlah dengan apa yang ada
bukan berhabis selagi ada
Jadilah orang
jangan jadi beruang
Kalau pun jadi beruang
Jadilah beruang yang macam orang...

13 Mac 2010

Jangan berkata "Kalaulah"............

Hadis Sahih Muslim,daripada Abu Hurairah ra,katanya Rasulullah saw bersabda:

   Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah.Masing-masing  mempunyai kebaikan.Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna(di dunia dan di akhirat);dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah,yakni putus harapan,atau merasa hampa.Jika engkau ditimpa sesuatu jangan lah berkata"Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu";akan tetapi katakan lah"Takdir Allah,dan Allah berbuat sekehendak-Nya".Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya akan membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

..::Al-Fatihah::..


In the name of Allah,the Most Gracious,
the Most Merciful..


All the praises and thanks be to Allah,
the Lord of mankind,jinn and all that exists...

the Most Gracious,the Most Merciful..

the Only Owner,the Only Ruling Fudge of the Day of Recompense
and the Day of Resurrection...

You Alone we worship,and You Alone we ask
for help for each and everything

Guide us to the Straight Way

The Way of those on whom You have bestowed Your Grace,
not the way of those who earned Your Anger
such as the Fews,nor of those who went astray such as the Christians...