Jadikanlah gubuk istana,
Rancanglah kediaman dari rumahmu yang dari tanah
bukan dari istanamu yang dari gading...
Manakala engkau tersenyum sedangkan hatimu yang penuh dengan duka nestapa,maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu kebahagiaan.Jangan ragu-ragu untuk tersenyum,kerana di dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan tersenyum.Jangan menekan kekuatan itu,kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwanya masuk ke dalam botol penderitaan.Tersenyum tidak akan membahayakanmu.Bicaralah dengan orang di sekitarmu dengan bahasa qalbu.Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyum..
Ketika engkau tersenym di hadapan orang lain,maka engkau sedang memberikan kepada mereka kehidupan yang indah,optimis dan khabar gembira yang mereka harapkan.Namun,ketika anda menemui orang lain dengan wajah kusut dan garang,maka sesungguhnya anda telah menyiksanya dengan hal itu serta mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehidupan mereka.Jadi kenapa anda rela menjadi penyebab kesengsaraan orang lain?
29 Mei 2010
Tersenyumlah untuk hidup...
tinta hati nur hanisah baharudin pada 3:06 PG 0 komentar...
Labels: renungan
30 April 2010
Gadis pintar,gadis impian...
Ada seorang pemuda Arab yang tampan,soleh dan sangat pintar.Dia ingin menikah dengan seorang gadis solehah dan pintar sepertinya.Maka,dia mengembara dari satu kabilah ke kabilah yang lain.,bagi mencari gadis impiannya...
Suatu ketika,dia berjalan menuju kabilah di Yaman,Di tengah perjalanan,dia terjumpa dengan seorang lelaki.Pemuda itu menyapa,"Wahai tuan!Adakah kau dapat membawaku dan aku membawamu?"
Spontan lelaki itu menjawab,"Wahai bodoh!Kau ini kenapa?Aku menunggang kuda dan kau juga menunggang kuda.Mana mungkin kita dapat saling membawa?"
Pemuda itu diam sahaja apabila mendengar jawapan lelaki itu.Kemudian,kedua-duanya meneruskan perjalanan sehingga melewati sebuah kampung.Kampung itu dikelilingi oleh kebun buah-buahan yang sudah tiba masa dituai dan dipetik.
Pemuda itu bertanya,"Menurutmu,adakah buah-buahan itu sudah dimakan oleh pemiliknya ataupun belum?"
Seketika,lelaki itu menjawab,"Pertanyaan itu aneh sekali!Kau sendiri melihat dengan mata dan kepalamu,buah-buahan itu masih ada di pokoknya dan belum dipetik.Mengapa kamu bertanya.sama ada buah-buahan itu sudah dimakan oleh pemiliknya ataupun belum?"
Pemuda itu hanya diam dan tidak menjawab kata-kata lelaki itu.Kemudian,kedua-duanya meneruskan perjalanan.Baru sebentar mereka berjalan,mereka terjumpa dengan orang yang sedang mengiringi jenazah.
Pemuda itu berkata,"Menurut pandanganmu,yang diiringi dalam keranda itu masih hidup ataupun sudah mati,ya?"
Lelai itu menjawab,"Aku semakin tidak faham denganmu.Aku tidak pernah bertemu dengan pemuda yang lebih bodoh daripadamu.Ya,jelas!Jenazah itu akan dibawa untuk dikuburkan.Tentu dia sudah mati."
Pemuda itu kembali diam dan tidak menjawab sepatah kata pun atas tohmahan lelaki itu.Akhirnya,mereka sampai ke rumah lelaki itu.Dia mengajak pemuda itu menginap di rumahnya.Dia berasa kasihan kerana pemuda itu kelihatan sangat letih.
Lelaki itu ada memiliki seorang anak gadis yang sangat cantik.Setelah mengetahui ada seorang tetamu menginap,anak gadisnya itu bertanya,"Ayah,siapakah dia?"
"Dia itu pemuda paling bodoh yang pernah aku temui,"jawab ayahnya.
Anak gadisnya itu berasa hairan.Dia terus dengan pertanyaan berikutnya,"bodoh?kenapa?"
Ayahnya terus menceritakan awal pertemuannya dengan pemuda itu dan segala kata-kata dan pertanyaannya.Apabila mendengar cerita ayahnya itu,anak gadis itu berkata"Apalah ayah ni..dia itu tidak bodoh.Sebenarnya dia sangat pintar dan pandai.Kata-katanya mengandungi makna tersirat.
Ketika dia menanyakan,'Adakah kau boleh membawaku dan aku membawamu?'
Maksud bersama adalah,adakah kita boleh saling berbincang sehingga boleh membawa kita pada suasana yang lebih akrab?'.
Ketika dia bertanyakan,'Buah-buahan itu sudah dimakan oleh pemiliknya ataupun belum?',
Dia bermaksud,'Adakah pemiliknya sudah menjualnya sebelum dipetik ataupun belum?Jika telah menjualnya,pemiliknya tentu menerima wangnya dan membelanjakannya untuk makanan dan keperluan keluarganya.
Kemudian,ketika dia bertanya,'Adakah jenazah di dalam keranda itu masih hidup ataupun sudah mati?.Maksudnya,adakah jenazah itu memiliki anak yang boleh melanjutkan perjuangannya ataupun tidak?'
Setelah mendengar apa yang dijelaskan oleh anak gadisnya itu,lelaki itupun keluar menemui pemuda itu.Dia meminta maaf di atas kata-katanya yang memperbodohkan pemuda itu.Kedua-duanya lalu berbincang.
Lelaki itu berkata,"Sekarang aku baru tahu apakah maksud pertanyaan-pertanyaanmu semasa dalam perjalanan tadi."
Lalu,dia menjelaskan seperti yang telah dijelaskan oleh anak gadisnya.Mendengar hal itu,si pemuda itupun bertanya,"Saya yakin itu bukan dari fikiranmu sendiri dan bukan ucapanmu.Demi Allah!Katakanlah padaku siapakah yang menjelaskannya?"
"Yang menjelaskan hal itu adalah anak gadisku,"jawab lelaki itu.
Dengan spontan pemuda itu pun bertanya,"Adakah kau mahu menikahkan aku dengan anak gadismu itu?"
"Ya."
Begitulah,setelah melalui pengembaraan panjang,akhirnya pemuda itu menemui teman hidup yang dia impikan.
tinta hati nur hanisah baharudin pada 6:02 PG 0 komentar...
Labels: renungan
19 Mac 2010
Solat tahap tadika..
Salam semua..cepat masa berlalu kan?
pejam celik ,
tidur jaga,
duduk bangun,
toleh kiri kanan,
lepak sana sini,
enjoy sekejap,
serius sekejap,
tup tap tup dah nak habis pun cuti seminggu nih..
Itulah masa namanya..
cepat dan lambatnya masa tu bergantung pada diri kita sebenarnya.
duduk depan tv tengok telenovela demi telenovela terasa sekejap kn?
Pergi karnival(sebut pesta x best..) dan konsert tiga empat jam tak sedar dah nak Maghrib kan?
duduk melayan komputer dan internet berjam-jam terasa macam beberapa minit je kan?
seolah-olah masa sunguh sunguh mencemburuiku..(poorahh!!)
Tapi kalau sembahyang atau mendengar kuliah agama atau menghadiri pengajian fardhu ain yang hanya beberapa minit terasa lama kan?
Ustaz panjangkan sesi kuliah Maghrib sampai waktu Isya' pun kita dah gelisah kan?Sesekali terpaksa qada' solat apabila terbatal wudhuk terasa sangat menderita sungguh kan?
Kenapa azab dan menderita?
sebab kita tak terasa betapa indahnya bersolat kan?
solat kalau sendiri2 pun mesti nak cepat habis kan?
dah tentu la banyak main short-cut kan?
ambil yang rukun jer.
Itupun pakai sistem expres tanpa tamakninah(mak minah mana plak nih??)atau macam ayam mematuk!
Habis je salam terus bangun tanpa sempat nak doa..(alaa..doa tu sunat je..lagipun Allah tau apa yang aku mahu..)
Sesetengah tu plak berdoa"Ya Allah yang Maha Mengetahui,doa aku hari ni sama je dgn doa aku yg semalam.Kabulkanlah Ya Allah.Aminn.."
Sayu je nak tingalkan cuti seminggu ni...
sayu sebab banyak masa yang kita dah sia-siakan.
Telah banyak dosa dan kemungkaran kita lakukan,sama ada nampak atau yang tak namapak.
Beramal ibadah tak de la banyak mana pun.
Tu pun banyak cacat celanya.
Agak-agak Allah terima tak ibadah yang macam tu?
Tengok ibadah solat kita pun cukuplah..
Berapa ramai yg solat awal waktu?(alaa,lewat2 pun semayang gak).
Berapa ramai yang lazimkan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu?(alaa,org lain langsung tak semayang..)
Berapa ramai yang bersungguh-sungguh jaga khusyuk dalam solat?(alaa,tak khusyuk pun sah solat gak..)
Berapa ramai yang faham makna setiap bacaan dlm solat?(kena ke faham..?)
Berapa ramai yang dah ngaji habis kitab fikah bab bersuci,wudhuk dan solat yg biasa buat kat surau dan masjid?(ala,kat sekolah dlu cikgu dah pernah ajar..kira ok ler tu..)
Macam tu la sikap kita pasal solat yang kita akui sebagai tiang agama.
Betapa tak seriusnya kita dengan solat nih..
Usia pun makin bertambah tp solat still macam budak tadika.
Soalan yg mula-mula ditanya masa akhirat nanti pun solat juga...
Kalau lulus persoalan solat,maka persoalan ibadah lain tu kira mudah la..
tp kalau persoalan solat pun tak pass..
hmm.susah mau cerita..
tinta hati nur hanisah baharudin pada 6:08 PG 2 komentar...
Labels: renungan
Kelebihan dan Faedah SOLAT...
Solat akan menerangkan hati..
solat akan dapat mencahayakan wajah..
solat membuahkan rasa redha terhadap Tuhan yang Maha Penyayang..
solat membuat syaitan merasa marah..
solat menjadi penolak bala..
solat menghilangkan kejahatan musuh..
solat memperbanyakkan rahmat..
solat menolak siksa kubur dan siksa di hari akhirat..
solat mendekatkan diri dengan Allah..
solat mencegah segala yang keji dan mungkar..
25 kelebihan solat sepertimana disabdakan Rasulullah SAW iaitu:
- solat menghasilkan keredhaan Allah
- solat membuahkan kasih sayang para malaikat
- solat adalah jalan oleh para Nabi dan Rasul
- solat adalah cahaya makrifat
- solat adalah asal makrifat
- solat membuatkan Allah memakbulkan doa yang dipanjatkan
- solat merupakan sebab diterimanya segala amal yang lain
- solat dapat memurahkan rezeki
- solat menjadikan badan sihat
- solat menjadi pelindung terhadap semua musuh
- solat membuat syaitan berasa benci
- solat menjadi syafaat bagi seseorang dalam menghadapi sakaratul maut
- solat adalah penerang di dalam kubur
- solat menjadi hamparan berbaring
- solat menjadikan seseorang dapat menjawab pertanyaan Munkar n Nakir di dalam kubur
- solat membuat seseorang berada selesa di dalam kubur sehingga hari kiamat
- solat menjadi mahkota di atas kepala
- solat menjadi pakaian badan
- solat menjadi lampu penerang di depan ketika berjalan
- solat menjadi pendinding dari api neraka.
- solat menjadi hujjah
- solat memberatkan timbangan amal kebajikan
- solat dapat membantu kita melintasi jalan di Titian Sirat al-Mustaqim di akhirat
- solat dapat membukakan pintu syurga...
tinta hati nur hanisah baharudin pada 5:17 PG 1 komentar...
Labels: renungan
16 Mac 2010
Tujuh Dahan Iman..
Abu Bakar Ar Raaziy berkata:"Iman di dalam hati orang-orang yang beriman itu ibarat pohon yang mempunyai tujuh dahan iaitu;
tinta hati nur hanisah baharudin pada 1:09 PG 0 komentar...
Labels: renungan
15 Mac 2010
Kita.....
Selama ini
Kita berusaha
bukan untuk berkuasa
Kita berdikari
bukan untuk sedap sendiri
Kita diberi bakat
bukan untuk buat jahat
Kita diberi kemahiran
bukan untuk luaskan jajahan
Kita diberi akal
bukan untuk beriman pada tangkal
Kita warisi adat
bukan untuk amal bulat-bulat
Sangka baik
bukan memikirkan mengapa result tak naik-naik
Bersyukurlah dengan apa yang ada
bukan berhabis selagi ada
Jadilah orang
jangan jadi beruang
Kalau pun jadi beruang
Jadilah beruang yang macam orang...
tinta hati nur hanisah baharudin pada 12:26 PG 0 komentar...
Labels: renungan
13 Mac 2010
Jangan berkata "Kalaulah"............
Hadis Sahih Muslim,daripada Abu Hurairah ra,katanya Rasulullah saw bersabda:
Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah.Masing-masing mempunyai kebaikan.Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna(di dunia dan di akhirat);dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah,yakni putus harapan,atau merasa hampa.Jika engkau ditimpa sesuatu jangan lah berkata"Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu";akan tetapi katakan lah"Takdir Allah,dan Allah berbuat sekehendak-Nya".Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya akan membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.
tinta hati nur hanisah baharudin pada 12:57 PG 0 komentar...
Labels: renungan
14 Februari 2010
..Air Mata Subuh...
''Assalamualaikum''seru subuh...
''Waalaikumussalam.''sahutku dan kami terus berpelukan mengubat rindu serta kasih sayang.Kutanya khabar Subuh mengenai musafirnya dari suatu tempat ke suatu tempat.
''Tadi...''kata Subuh dengan sayu.''Aku baru saja melintasi suatu tempat,kucari tempat singgah.Kuketuk rumah-rumah yang sunyi tetapi tiada satu pun yang mahu menerimaku sebagai tetamu.''
Air mata Subuh mula berlinang.Kudakap Subuh erat....
''Subuh,usah pedulikan mereka.Bukankah aku menyambutmu dengan penuh kegembiraan?''
Subuh mengukir senyuman walaupun serinya tiada.Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
''oh ya,..tadi juga,aku lalu di tempat yang tanahnya di sebalik sungai,orang-orangnya sepertimu.Mereka menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat.Hidangan yang paling kusukai ialah buah tahajjud.Puas kucari,tapi nikmat buah seperti itu jarang kutemui.Justeru aku makan dengan puas dan leka.''
Subuh merenungku bagai meminta sesuatu.
''maaf Subuh.Aku tidak menanam pohon Al-Lail,jadi aku tidak dapat menjamumu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku mempunyai roti Siyyam.''maklumku kepada Subuh..
tinta hati nur hanisah baharudin pada 7:18 PTG 0 komentar...
Labels: renungan
12 Februari 2010
KeRAnA cINtA...
tinta hati nur hanisah baharudin pada 5:51 PG 0 komentar...
Labels: renungan
..Bulan ini Bulan Cinta...
tinta hati nur hanisah baharudin pada 3:31 PG 0 komentar...
Labels: renungan
Renungkanlah hawa....
tinta hati nur hanisah baharudin pada 3:18 PG 0 komentar...
Labels: renungan
28 Disember 2009
Cerita Pengemis dan Isteri Cantik...
Pada suatu hari,ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu,datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka...
"Tolonglah encik,saya lapar,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi."Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yg cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.
Dalam hatinya berkata:"Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku."Si isteri tdk dpt berbuat apa2 dgn sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat utk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian,perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin.Dia terus menceraikan isterinya kerana tdk mahu isterinya turut menderita sepertinya.Setahun kemudian,isteri yg masih cantik itu berkahwin pula dgn lelaki lain.
Pada suatu hari,sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan,tiba-tiba seorg pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.Mendengar rayuan pengemis itu,si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yg mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kpd pengemis,si isteri menangkup muka sambil menangis.Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yg dulu pernah menengking seorang pengemis.
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang:"Demi Allah,sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu.."
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tdk selalunya di atas.Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya...
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : ''Sedekah itu dpt menutup tujuh puluh ribu kejahatan."
wallahua'lam...
tinta hati nur hanisah baharudin pada 11:00 PTG 0 komentar...
Labels: renungan
25 Disember 2009
Engkau Memang Cantik(EMC)
wahai wanita hiasan duniawi...
EMC selagi kau tidak melulu.
EMC selagi kau menutup malu.
EMC selagi kau memelihara adab.
EMC selagi kau menjaga aurat.
EMC selagi kau menjaga batas.
EMC selagi kau waras berhias.
EMC selagi kau bersifat fitrah.
EMC selagi kau pantang menyerah.
EMC selagi kau terus bersolat.
EMC selagi kau lurus bertaubat.
EMC selagi kau jujur berilmu.
EMC selagi kau membaca Al-Quran.
EMC selagi kau beradab sopan.
EMC selagi kau kasih ibu bapa.
EMC selagi kau mendidik keluarga.
EMC selagi kau gemar menyertai kem ibadat.
EMC selagi kau sabar dan tenang.
EMC selagi kau tegakkan Islam.
EMC selagi kau mencegah kemungkaran.
EMC selagi kau berkebajikan.
EMC selagi kau berniatkan Tuhan.
EMC selagi kau seindah Islam.
tinta hati nur hanisah baharudin pada 9:23 PTG 0 komentar...
Labels: renungan
KEMAS
tinta hati nur hanisah baharudin pada 9:13 PTG 0 komentar...
Labels: renungan
13 Disember 2009
Pelita Hati...
tinta hati nur hanisah baharudin pada 7:12 PG 0 komentar...
Labels: renungan
Gema Wahyu...
tinta hati nur hanisah baharudin pada 7:01 PG 0 komentar...
Labels: renungan
07 Disember 2009
..::jagalah hati::..
tinta hati nur hanisah baharudin pada 8:18 PTG 0 komentar...
Labels: renungan
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia...
tinta hati nur hanisah baharudin pada 5:59 PTG 0 komentar...
Labels: renungan
22 November 2009
Bidadari Kecil...
tinta hati nur hanisah baharudin pada 1:00 PG 0 komentar...
Labels: renungan






