THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

14 Februari 2010

..Air Mata Subuh...

Pagi tadi seperti pagi-pagi yang lain,aku menyambut tetamu setiaku.

''Assalamualaikum''seru subuh...

''Waalaikumussalam.''sahutku dan kami terus berpelukan mengubat rindu serta kasih sayang.Kutanya khabar Subuh mengenai musafirnya dari suatu tempat ke suatu tempat.

''Tadi...''kata Subuh dengan sayu.''Aku baru saja melintasi suatu tempat,kucari tempat singgah.Kuketuk rumah-rumah yang sunyi tetapi tiada satu pun yang mahu menerimaku sebagai tetamu.''

Air mata Subuh mula berlinang.Kudakap Subuh erat....

''Subuh,usah pedulikan mereka.Bukankah aku menyambutmu dengan penuh kegembiraan?''

Subuh mengukir senyuman walaupun serinya tiada.Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

''oh ya,..tadi juga,aku lalu di tempat yang tanahnya di sebalik sungai,orang-orangnya sepertimu.Mereka menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat.Hidangan yang paling kusukai ialah buah tahajjud.Puas kucari,tapi nikmat buah seperti itu jarang kutemui.Justeru aku makan dengan puas dan leka.''

Subuh merenungku bagai meminta sesuatu.

''maaf Subuh.Aku tidak menanam pohon Al-Lail,jadi aku tidak dapat menjamumu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku mempunyai roti Siyyam.''maklumku kepada Subuh..

''roti itu sudah ada tuan punya''kata Subuh...

''kau mahu manisan zikir?''rayuku kepada Subuh.

''baiklah,ambilkan aku sedikit serta bawakan kepadaku segelas air taubat.''pinta Subuh..

Aku agak sugul.Bagaimanakah harus kumaklumkan pada Subuh yang air matatangisan sudah hampir kering akibat kemarau maksiat yang berpanjangan?Namun,aku tetap menjenguk ke perigi yang menyimpan air mata itu.Aku terkejut kerana perigi itu telah hampir separuh penuh.Dan hatiku berdetik,adakah ini tandanya kemarau akan berakhir?

Tanapa berlengah,kubawa air itu kepada Subuh,tetamu yang kusanjung dan kusuakan manisan yang dipinta.Selesai menjamah,Subuh melirik senyum...

Dakapan masih mengiringi Subuh.Tanpa kusedari air mata taubat menitis membasahi pipi.Hatiku menyeru,datang lagi Subuh,akan kujamu sahabat sejati dengan buah tahajjud pada ziarahmu nanti....

0 komentar...: