THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

27 Februari 2010

Leader...

26 Februari 2010

tInTa HaTi 2

Tawakkal tanpa usaha

adalah angan-angan

Usaha tanpa tawakkal

adalah sombong..

tInTa HaTi

Keyakinan pada Allah adalah
ibarat air kedamaian yang tak pernah kering,
menjadikan seseorang muslim tetap tegar
di saat orang lain berguguran,
dan tetap tenang
di saat orang lain ketakutan..

25 Februari 2010

Keistimewaan pembaca dan penghafal Al-Quran

  • syafaat 10 anggota keluarga ke syurga.Dari Ali bin Abu Talib,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya: "Barang siapa membaca Al-Quran dan menghafalnya,Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya,mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).
  • berada dalam rahmat Allah.Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:"Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran ,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,di kelilingi para malaikat dan nama mereka disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat(yang di langit)."(Riwayat Muslim,At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).
  • diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda.Dari Abdullah bin Mas'ud r.a.;katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah(al-Quran),maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali.Aku tidak mengatakan bahawa Alif,Lam,Mim itu satu huruf,tetapi Alif itu adalah satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf."(Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)
  • dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah.Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w,dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia."Lalu Rasulullah ditanya:"Siapakah mereka itu wahai Rasulullah s.a.w.?''Jawab baginda:''Mereka ialah ahlul Quran(pembaca dan penghafal al-Quran dan pengamalnya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya."(Riwayat Ahmad,Ibnu Majah,Ad-Darimi,Al-Hakim dan An-Nisaie)
  • Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari kiamat.Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a katanya:Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Bacalah al-Quran,sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya."(Hadis riwayat Muslim)
  • dipakaikan mahkota pada hari kiamat.Daripada Mu'az bin Anas bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya,Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak.Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia.Maka apakah pandanganmu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang yang membacanya sendiri?"(Hadis riwayat Abu Daud)

14 Februari 2010

..Air Mata Subuh...

Pagi tadi seperti pagi-pagi yang lain,aku menyambut tetamu setiaku.

''Assalamualaikum''seru subuh...

''Waalaikumussalam.''sahutku dan kami terus berpelukan mengubat rindu serta kasih sayang.Kutanya khabar Subuh mengenai musafirnya dari suatu tempat ke suatu tempat.

''Tadi...''kata Subuh dengan sayu.''Aku baru saja melintasi suatu tempat,kucari tempat singgah.Kuketuk rumah-rumah yang sunyi tetapi tiada satu pun yang mahu menerimaku sebagai tetamu.''

Air mata Subuh mula berlinang.Kudakap Subuh erat....

''Subuh,usah pedulikan mereka.Bukankah aku menyambutmu dengan penuh kegembiraan?''

Subuh mengukir senyuman walaupun serinya tiada.Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

''oh ya,..tadi juga,aku lalu di tempat yang tanahnya di sebalik sungai,orang-orangnya sepertimu.Mereka menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat.Hidangan yang paling kusukai ialah buah tahajjud.Puas kucari,tapi nikmat buah seperti itu jarang kutemui.Justeru aku makan dengan puas dan leka.''

Subuh merenungku bagai meminta sesuatu.

''maaf Subuh.Aku tidak menanam pohon Al-Lail,jadi aku tidak dapat menjamumu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku mempunyai roti Siyyam.''maklumku kepada Subuh..

''roti itu sudah ada tuan punya''kata Subuh...

''kau mahu manisan zikir?''rayuku kepada Subuh.

''baiklah,ambilkan aku sedikit serta bawakan kepadaku segelas air taubat.''pinta Subuh..

Aku agak sugul.Bagaimanakah harus kumaklumkan pada Subuh yang air matatangisan sudah hampir kering akibat kemarau maksiat yang berpanjangan?Namun,aku tetap menjenguk ke perigi yang menyimpan air mata itu.Aku terkejut kerana perigi itu telah hampir separuh penuh.Dan hatiku berdetik,adakah ini tandanya kemarau akan berakhir?

Tanapa berlengah,kubawa air itu kepada Subuh,tetamu yang kusanjung dan kusuakan manisan yang dipinta.Selesai menjamah,Subuh melirik senyum...

Dakapan masih mengiringi Subuh.Tanpa kusedari air mata taubat menitis membasahi pipi.Hatiku menyeru,datang lagi Subuh,akan kujamu sahabat sejati dengan buah tahajjud pada ziarahmu nanti....

12 Februari 2010

KeRAnA cINtA...


cinta itu cahaya sanubari

kurniaan Tuhan fitrah insani

dan di mana terciptalah cinta

di situ rindu bermula


cinta itu tak pernah meminta

tetapi memberi sepenuh rela

rasa bahagia biarpun sengsara

berkorban segala-gala


semua kerana cinta

yang pahit manis di rasa

menghibur nestapa

merawat duka

damai di jiwa

terpadamlah api benci permusuhan

terjalinlah kasih sayang begitulah cinta

yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan


dan jangan kita pula

kerana bercinta kita pun leka

dan jangan pula kerana bercinta

tergadai semua maruah agama


cinta yang sejati

hanya cintakan illahi

cinta ayah bonda

tulus suci selamanya

cintakan saudara

hanya sementara

serta sesama insan

suburkan dengan ketakwaan..

..Bulan ini Bulan Cinta...


Bulan Februari,

bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih.

Apa yang istimewanya dengan bulan ini?

Tak lain tak bukan,

setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.


Membuta tuli barangkali,

meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah

dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan.

Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan,

jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan

dan jika masih juga tidak berkeupayaan,

cegahlah dengan hati.

Doa.

Benci kepada kemaksiatan.

Benci kepada kemungkaran.

Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya!

Andai kita meraikan Valentines' Day,

bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.

Setiap Hari adalah Hari Kekasih

Kenapa mesti tunggu 14 Februari?

Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya?

Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang?

Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari?

Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.


Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim.

Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya.

Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis,

si teruna memujuk rayu,

"Kalau betul sayangkan saya, buktikan!".

"Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!".

"Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"


Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula,

dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri.

Bertepuk soraklah syaitan laknatullah,

sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..


Inikah makna cinta?

Inikah makna kasih dan sayang?

Adakah ini yang diajar oleh agama kita?

Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru.

Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu.


Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita.

Katakan TIDAK pada Hari Valentine.

Tak perlulah kita menghambakan diri,

membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita.

Jangan biarkan budaya kuning berleluasa

dan berkuasa dalam diri kita.

Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara,

sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah

tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya,

patuhi suruhan-Nya,

jauhi larangan-Nya.

Hidup di dunia cuma sementara,

akhirat itulah yang kekal abadi.

Renungkanlah hawa....

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam,
kita dizalimi,
hak kita dicerobohi,
kita ditanam hidup-hidup,
tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam,
tiada nilaian dimata adam,
kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.
Tapi kini
bila rahmat Islam menyelubungi alam
bila sinar Islam berkembang,
darjat kita diangkat ,
maruah kita terpelihara,
kita dihargai dan di pandang mulia,
dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.
Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya?
kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya ?
dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?
Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia,
sedarlah hawa
kau bisa mengoncang dunia
dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah,
kau bisa mengegar dunia
dengan menjadi isteri yang taat
serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia.
Tapi hawa
jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu.
Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu,
kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan
kerana wanita adalah jala syaitan,
alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.
Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan
ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji tuhan kita ,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan
dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka.
Tetapi hawa,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya.
Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,
jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibubapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa ,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

05 Februari 2010

rintihanku...


Ya Allah,


hanya Engkau yang mengetahui rasa hati ini...


Kuatkanlah hatiku ini ya Rabbi...


Aku mohon pertolongan daripada-Mu ya Allah...


Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat..


setiap pertemuan pasti ada perpisahan..